Monday, 24 February 2014

Antara Khilafah Dan Demokrasi

Nota : Antara Khilafah Dan Demokrasi.

Apabila kita memperkatakan mengenai sistem pemerintahan dalam Islam iaitu sistem Khilafah, masih ramai umat Islam yang se akan mencemuh pandangan tersebut.

Berbagai-bagai alasan yang diberikan untuk mencemuh dan meminggirkan cadangan tersebut. Alasan mereka bolehkah kita menegakkan kembali sistem Khilafah ? Dan ada pula yang mengatakan bukankah sekarang ini sistem politik kita adalah sistem demokrasi berparlimen, ikut sahajalah. Bila sistem Khilafah naik nanti kita berbondong-bondonglah pergi berbai'at dengan Khalifah.

Ini bukan soal boleh atau tidak boleh. Ini persoalan iman. Kalau tidak mahu beriman dengan Islam kenapa hendak mengaku Islam ? Tidakkah memalukan akuan Islam seorang muslim yang tidak mempercayai Islam. Mengaku Islam tetapi lebih yakin dengan sistem yang tidak Islam. Jadi untuk apa mengaku sebagai orang Islam ? Tak pelik ke akuan seperti ini ?

Sekiranya benar kita orang yang beriman, maka kita tidak punya pilihan. Kita perlu akur dengan perintah dan kehendak Allah SWT. Allah SWT memerintahkan orang-orang yang beriman untuk masuk kedalam Islam secara menyeluruh. Bukan separuh-separuh atau suku-suku.

Apatah lagi dalam soal Khalifah Islam. Cukup penting untuk ditegakkan. Kenapa ? Kerana apalah makna hukum dan undang-undang kalau tidak dikuatkuasakan. Tanpa penguasa bagaimana hukum dan undang-undang hendak dikuatkuasakan. Sebab itu pentingnya ada Khalifah Islam.

Soal Khalifah adalah merupakan bahagian terpenting dalam Islam. Sekecil-kecil Khalifah adalah menjadi Khalifah kepada diri sendiri. Sebab itu Islam menganjurkan cara hidup berjamaah. Mengajar umatnya mengenai kepentingan berjamaah. Pentingnya berimam dan bermakmum dalam membentuk jamaah. Dan kepentingan ini dididik dan dilatih melalui solat berjamaah. Kaedah pendidikan yang paling baik dan paling indah bagaimana untuk hidup bermasyarakat.

Syarat berjamaah perlu ada imam dan makmum. Perlu ada arah dan tujuan yang sama. Imam dan makmum sama-sama mengetahui kaedah untuk mencapai tujuan tersebut. Namun dalam berjamaah, makmum tidak dibenarkan mendahului imam. Makmum diwajibkan taat dan patuh kepada imam. Biarpun ketaatan dan kesetiaan itu dituntut dalam berjamaah namun Islam tetap menyediakan jalan keluar. Sekiranya imam terbatal, imam boleh digantikan atau makmum mufarakah.

Dengan kaedah pendidikan yang begini semakin umat faham semakin cantik dan indah jadinya hidup berjamaah atau bermasyarakat. Tetapi bagaimana pula dengan demokrasi ? Mampukah demokrasi mendidik masyarakat untuk bersatu ? Untuk taat dan setia ?

Dengan menjunjung kebebasan bersuara dan kebebasan mengunjuk rasa mampukan demokrasi mendidik masyarakat untuk hidup bersatu padu dan harmoni ? Adakah negara demokrasi didunia ini yang mampu mencapai semua itu ? Apa yang kita ketahui, hampir semua negara demokrasi menghadapi berbagai krisis dan masalah.

Kerana apa ? Ini kerana segala kebebasan itu akan hanya menjadikan manusia semakin biadap dan kurang ajar. Mampukah kita membina sebuah masyarakat yang bersatu padu dan harmoni dari kalangan manusia-manusia yang biadap dan kurang ajar ? Kalau tak percaya...lihatlah disekeliling kita.

Renungkanlah....sampai bila kita hendak mempertahankan sistem hidup yang semakin hari semakin terbukti hanya membawa kehancuran semata-mata. kembalilah kepada Allah SWT. Dia lebih mengetahui apa yang diperlukan oleh

No comments: